July 24, 2010

daun long-bean


seakan tak terputus utusan doa kelangit
ucapan Alhamdulillah dibibir-bibir mulut =')

mengungkap hadis kegemaran..
hadis Rasulullah saw,
" sekiranya akan tiba hari kiamat, dan di tangan salah seorang kamu ada biji benih dan dia berupaya menanamnya, maka hendaklah dia tanam. sesungguhnya untuk dia ada pahala bagi yang demikian."

aku belajar melihat cahaya
tangan-tangan kecil memaut lengan
mata yang tersenyum
ucapan yang tak segan silu
ketulusan mereka, ya Allah
mengajarku tentang kehidupan
untuk sentiasa memberi
dan mencintai
seakan tangan manos
yang dengan satu sentuhan, bukan emas yang menyebar
namun, sebuah kebaikkan yang mencecah kehujung horizon bumi dan menembus langitMu
amar maaruf nahi mungkar
nahi mungkar?
ya
kerana kebaikkan pertama adalah menjauhi/meninggalkan yang mungkar
ada hidup yang lebih bererti, lebih bermakna
iaitu hidup dan mati keranaNya

setiap yang ku lihat kini adalah pengesahan
bagaimana rupa mengejar dunia
sia-sia
seperti membina rumah di sarang labah-labah
sangat fragile

langkah ini mungkin perlahan
namun aku sungguh cukup bahagia
mengenalMu ya Rabb
adalah melalui mata malaikat-malaikat kecilMu
dengan ini aku boleh melangkah

bekal yang akan ku simpan kemas dalam hati
apabila mengubati luka perih seorang remaja
lirih dan dukacita alam dewasa
cahaya ini..
izinkan aku berkongsikannya
belajar tadabbur alamMu
berinteraksi dengan hamba-hambaMu
mengajak telus kepada kehidupan yang lebih abadi
izinkan aku berusaha memetik bunganya dan harumnya
tidak perlu bau hangus dan debu menghiasi perjalanan dan perjuangan
tetapi jika itu diperlukan
titipkanlah keteguhan iman dan langkah
kerana janji pada kehidupan yang cerah ada ditangan kecil-kecil ini
dengan izinMu, ya Allah
bantulah kami menyemai benih ditanah suci dan subur
andai susah
lindungilah kami dengan pagar yang menolak rumput-rumput liar
agar mereka dapat berdiri, ya Allah


No comments:

Post a Comment