November 11, 2009

Di mana kamu,agar doa kamu Ku perkenankan?

it rained its hardest
it rained its deepest

hari ni di tegur
Mulut manusia memang sangat mudah melontar kata
Ada yg meluru, ada yang diam berfikir dahulu
kadang-kadang kita dependent dengan advice mereka
nasihat mereka
sokongan mereka
tapi bila tiba satu masa terasa bahawa sesuatu masaalah yg mereka hadapi tu terlalu berat
walhal diri mahu menolong
walhal diri tidak mampu
ada suara membisik, "biarlah ia cool off sendiri"
"aku kan tolong pun it's getting worst"
"let's give her some space"

...

kita fikir that's the best for them
and best for us
utk tidak dependent
walaupun kita ada masaalah sendiri
usahlah dikatakan
kerana beban mereka juga berat

"i can handle this on my own"

...

sedar2, satu hari ter'snap'
hati merintih, berkata, "aku perlu mereka."

ku luahkan juga
memang lega luahkan apa yg terpendam pekung di dada
tapi jawapannya adalah di mana?
mereka pun tidak tahu jawapannya

teringat tafsiran ayat surah yusuf
mengenai tafsiran Nabi Yusuf a.s akan mimpi dua pemuda dalam penjara
di pesannya pada yg bakal di bebaskan
ceritakan lah perihal ku pada pembesar
tetapi pemuda itu lupa dan baginda meringkuk lagi dalam penjara utk beberapa tahun lamanya

Nabi Yusuf a.s memilih redhaNya
walaupun dipenjara dalam keadaan diri difitnah oleh Zulaikha
Allah yg melepaskan dirinya dari itu
tetapi saat itu, ia terlupa dan meminta pertolongan dari Sang manusia
di tegur olehNya
walhal segala pertolongan adalah dariNya
kenapa dihadapkan pada manusia dahulu, sebelum terus kepada Penciptanya?

Ya Allah
kau titipkan solat malam
sebagai satu masa di mana Kau turun kelangit bumi utk mendengar keluhan hambaMu

Allah SWT turun ke langit dunia, ketika 1/3 malam masih tersisa, Allah menyeru:

'Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan pemintaaannya?
Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya?
Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya?"

.
.
.

kita adalah manusia
yang serba lemah dan kurang upaya
pabila kita meminta dari manusia
apa sajakah yg mereka mampu berikan pd kita?
walhal mereka juga singkat upaya

sembahyang adalah dialogmu pada Tuhanmu
Al-Qur'an pula adalah dialog Tuhan pada dirimu
Jalan utk berinteraksi itu ADA

sungguh...aku terlupa

"Hanya kpd Engkaulah kami menyembah dan hanya kpd Engkaulah kami mohon pertolongan."
Al-Fatihah: 5

- - -


No comments:

Post a Comment