December 29, 2012

ruang

Bismillah...

ku fikir jarak ini akan melepasi lautan Atlantik, benua Afrika.
kurasa akan jauh mengenal generasi mereka.
kamu dengan duniamu, aku dengan duniaku?
owh...ini salah. sepatutnya mendekati, kan..

soalannya...bagaimana?

dan apabila membaca tinta mereka...ya, aku kenal ini.
aku kenal peribadi-peribadi ini.
kata-katanya, sifat-sifatnya, karakter-karakternya
setiap orang memang berbeza peribadinya
walhal itulah kelebihan yang Allah swt ciptakan dalam setiap hati manusia
setiap orang berbeza, kekuatan dan kelemahan
tabiat, kesukaan, kebencian
kenapa?
itulah makna dalam masam manis kehidupan

mungkin kerana daku ingin mencari kekuatan
ya, tenagaku juga masih bersifat manusiawi
akal ini insani (pelupa)

menadah tangan, memegang beban mesti letih kan?
jika secara fizikalnya boleh tahan, kenapa tidak emosi dan harapan?

ku ingin jadi mereka...
dialog 2 sahabat:
seorang sahabat (A) ingin sembahyang, dan meminta air wudhu dari si B
Si B menuangkan sedikit air untuk memenuhi tangan si A, lalu tidur
hampir fajar sadiq, ia terbangun
terkejut apabila melihat si A masih tetap ditempat duduknya, air ditangannya tidak berkurangan sedikitpun
tersentak si A apabila ditanya, "apahal kawan?"
"tahukah kamu, sejak kamu meletakkan air ditanganku sehingga saat ini, aku terfikir, terbayang bagaimana itu dunia akhirat."
sehingga lupa
sehingga jasad pun lupa untuk letih

di mana sepatutnya ku letak harapanku?
Ya, pada Allah swt
walaupun hati resah memikirkan batas kemampuanku
kemampuan Allah swt lebih besar, menolong diri menadah apasaja yang diletakkan atas tangan ini

Ya Allah swt
hanya Kau yang tahu batas kemampuanku
ku sangka ini batasku, tetapi Kau kerap memberi lebih dan lebih lagi
sehingga diri pun berfikir, ya, sebenarnya diri ini mampu, masih mampu lagi
titiplah kesabaran padaku, Ya Rabb
agar diri sentiasa benar-benar pasti dan berserah akan ketentuanMu

kerana hanya Kau yang benar-benar kenal diriku

- - -

No comments:

Post a Comment