Bismillah...
"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya."
- Sayyidina Ali bin Abi Talib
Apabila tersilap langkah, hati mana yang tidak tersayat?
Apabila tangan yang membentuk, tiba-tiba ditepis kasar, kerana terlalu kuat, terlalu memaksa bagi yang dibentuk. Hati ibu mana yang terasa, hati ayah? Hanya kerana terlupa...rasa bagaimana itu remaja?
Umur 25 tahun...dan 'baru' tahu apa rasanya melihat situasi ini dengan kacamata ibubapa.
Ya, Remaja. Memberi yang terbaik dalam segala bidang, fasa pencarian, fasa mengenal diri sendiri, fasa menolak diri sehingga batas mana yang ia mampu...sampai kadang-kadang tidak tahu kearah mana ia tuju, atau apabila tahu, kurang fasih membahasakannya.
Ya, Ibubapa. Sarat dengan pengalaman sehingga lupa, apa rasanya itu remaja. Apa rasanya bermula dari tapak, tapak diri sendiri, bukan tapak orang lain. Lupa sehingga apabila cuba membentuk, malangnya telah melukakan, walaupun dengan tidak sengaja. Tandanya ada...dari diamnya mulut, dari bahasa tubuh (mengelak, dll)..tapi saat itu, tidak faham, kerana menganggap semua masaalah itu adalah apa yang diutarakan...sehingga terlewat. Sehingga terlewat memeluk anak yang terluka. :"(
Ya Allah swt, Kaulah yang mengajar...bahawa dalam pahit itu, ada madunya. Jika ini pahit...aku memohon, aku mengharap, madunya ada...ubatnya ada...bukan untuk diri ini, tapi untuk anakku.
Jagalah dia kerana tangan ini tidak berupaya mendekatinya.
Aku yakin dengan janjiMu, Ya Allah swt.
Urusannya ku hadap padaMu, keyakinannya ku mohon padaMu.
Maka jagalah ia...walau berapa lama ia mencari dirinya. Ya, ia akan sakit, akan terluka dalam pencariannya...tetapi sebagaimana Kau ciptakan luka pada badan, dan Kau juga ciptakan badan untuk menutup luka dengan sendirinya, urusan hati hambaMu Kau lebih mengetahui.
...dan ibubapa, tidak akan putus mendoakannya.
Ya, walau dari jauh...itu tanda kasih sayangnya.
- - -
No comments:
Post a Comment