June 05, 2009

Pemuda Sahara


Timbunan pasir itu adalah longgokan manusia. Manusia seperti pasir berterbangan, tanpa hala tuju, hanya mengikuti arus dunia. Terdengar deruan langkah dan mata mereka serta merta melihat kearahnya..

Pemuda itu berpakaian putih,dan berselipar kulit,berjalan dgn langkah yg pasti dan teguh. Bila sahaja nmpk air,d'cedoknya dan d'ambil wudhu',lalu sembahyang. Walau di bawah matahari yg terik dan pasir yg sentiasa bergerak (shifting sand), pemuda itu tidak berganjak. Khusyuk dalam ibadah, merasa keberadaannya di hadapan Penciptanya.

Sebuah imej yg menganggumkan.

Dibumi yg gersang itu, ada sekujur tubuh yg umpama air yg mengalir,sebuah oasis sumber kehidupan.

...

Hakikatnya,ia terjadi di negeri barat d'mna majoritinya bukan islam. Bersama rombongan pelancong dri negeri melayu. Bajunya ala-ala rockers,dgn jeansnya,leather jacketnya,rambut stylishnya.. tapi bila smpai saja waktu zuhur,ia yg pertama mengambil air sembahyang dan berdiri d'taman yg lapang itu utk menunaikan kewajipannya. Pelancong lain terkejut,namun terus mengikuti jejaknya..mengambil wudhu,lalu bersembahyang jemaah. Tak kira tua atau muda,lelaki atau perempuan, miskin atau kaya..

Terhenti pengunjung taman - orang2 yg bukan islam - itu. menyaksikan buat pertama kalinya, segolongan manusia di gelar islam, sembahyang bersama-sama...pemuda rockers tadi sebagai IMAMnya.

Apa yg hendak di gambarkan adalah..wujudnya pemuda mengkagumkan seperti ini,hanya kerana 1 perkara.
Dia jaga solatnya...tidak kira bila dan di mana saja ia berada.

Hanya kerana ia ... ingat pada Allah swt.
Ia beriman 'dan' beramal. =)

No comments:

Post a Comment