Assalamualaikum wrb
Nak cerita psl apa? =) Ttg Mujahadah terbesar ana..
"Sesungguhnya Kami mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya meraka amat zalim lagi jahil."
- Al-Ahzab: 72
.. dalam erti kata, amanah adalah sesuatu yg amat berat sampaikan makhluk-makhluk Allah yg basar mcm langit,bumi dan gunung-ganang pun inda mampu untuk memikulnya, pasal mereka sadar apabila amanah ini dikihianati, azab menunggu durang. On the other hand, manusia yang damit ani plang sanggup menerimanya. Justeru sebahagian daripada manusia mendapat azab Allah kerana mengkhianatinya. Mereka yang cuai adalah golongan yang zalim lagi jahil.
Amanah ni apa?
"Amanah adalah Islam, ibadah yang fardu dan batas-batas agama." Imam Qatadah
"Amanah adalah tanggungjwab yang berkaitan dengan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan ataupun kepercayaan." Imam Al-Alusi
Amanah seperti apa saja yang ada?
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan dipertanggungjawabkan."
- al-Israk: 36
Sahabat Ubai bin Kaab berkata, "Amanah dituntut dalam setiap perkara termasuk wudhu', solat, zakat, mandi wajib, puasa, timbangan dan takaran (dalam perniagaan)."
Tugas:
Sometimes tani ambil things and someone for granted. Mcm kna suruh buat keraja, for example, basuh pinggan. Konon tani 'nalih', tani bagi tia arah adi tani. Sama jua tani kaka or abang. Read the lines,my dear, read the lines..
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari, nabi berkata, "Apabila amanah diabaikan orang,tunggulah waktu kehancuran (hari kiamat)?" Seorang lelaki bertanya kepada nabi. "Bagaimanakah amanah diabaikan?" Jawab nabi, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yg bukan ahlinya, tunggulah kehancuran (Hari Kiamat)."
and some amanah is bigger. so really..jgn cuai, jgn lalai. *peringatan untuk diri sendiri jua*
Memilih Kawan:
Mengikut Imam Tirmizi, nabi berkata yang bermaksud, "Manusia mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan orang yang hendak dijadikan kawan kamu."
Kawan is someone yg tani tends to be together A LOT. kawan tani adalah cermin tani sendiri. Pilihlah mereka yg dapat help shape you to be a better person.
Memilih Pasangan Hidup:
Imam Bukhari dan Muslim melaporkan, nabi berkata, "Pilihlah (wanita) dari kalangan yang baik agamanya nescaya kamu akan selamat."
Mengikut Imam Tirmizi pula, nabi berkata, "Jika (lelaki) yang datang meminang itu seorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya (terimalah) dan kahwinlah dia."
i know..topik ni sensitip sikit (sensitip 'banyak' lah banarnya), tapi izin kn hamba yg doif ini memberi sebuah advice. mmg payah kn cari that 'someone' yg jaga solat dan berakhlak yg baik. Jarang banar tah tu,tapi bila jumpa "wow~ :'D" STOP! Alum abis..jgn sampai bila tani jumpa that 'someone' kira hubungan kamu tu ok udah. pass udah. apa nya urang.. d'redhai Allah? Pikir kamu lapas atu,ok lah tu selit2 kn "sayang,i love you becoz' of Allah."?? *ehem* refer balik ayat ataaaaas tadi tu pasal pendengaran, penglihatan DAN hati. There is such thing called zina mata, zina telinga dan zina hati,walaupun org atu kamu kira kuat iman..masih manusia.masih lelaki dan masih perempuan. so..laju2tah kahwin. elakkan maksiat,k.. -peace-
Amar Makruf Nahi Mungkar:
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, nabi berkata, "Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah mungkar dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu."
salinglah nasihat-menasihati, tapi jgn mcm lori langgar saja. Tegur tu biarlah berhikmah..and kadang2, action speaks louder than words. jgn cakap saja tapi diri sendiri inda buat. Amar makruf nahi mungkar doesn't mean asal kamu sampaikan saja --> ertinya kamu pun ikut dan mengamalkan sama.
Mendidik keluarga kearah kebaikkan:
"Wahai mereka yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.."
- At-Tahrim: 6
Hadiah terbaik yg boleh kamu berikan arah anak kamu adalah pendidikan Islam dan akhlak yg baik. mcm cerita Luqman al-hakim dalam Qur'an.
Menegakkan Islam sepenuhnya:
"Wahai mereka yg beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Syaitan merupakan musuh yang nyata bagimu."
- Al-Baqarah: 208
Menuntut Ilmu:
Mengikut Imam Ibn Majah, nabi berkata, "menuntut ilmu adalah satu perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim."
whoa! Heavy ah..that's what i felt,too. Tapi kdg2 perlu utk mengingatkan diri supaya tidak lalai, tidak menutup telinga, menutup mata akan sebuah hakikat. Ya Allah,semoga Engkau redha dan merahmati mujahadah ku. Jgn biarkan kejahilan ku sendiri menghalang hamba-hamba Mu memperoleh kebenaran dan hidayahMu.
and i like this ayat so so much when things get heavy.
".. sungguh, engkau hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah pemelihara segala sesuatu."
- Hud: 12
O Allah,my cherish Perserver. ^^
- - -
No comments:
Post a Comment