Bismillah...
Kadang-kadang...
aku terluka
kerana perbuatan manusia
atau perkataan mereka
kadang-kadang...
aku kecewa
kerana aku percaya mereka
apa yang dilakukan mereka tidak sepatutnya
kadang-kadang...
aku sakit
sakit menanggung pedih
sakit atas perasaan yang
kadang-kadang...
aku tidak mengerti
"Ketentuan Allah melebihi ketentuan manusia."
"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."
Al-Furqan, 25: 2
kenapa perlu ku terasa terluka, kecewa, sedih?
Siapakah yg lebih dahulu menulis takdir, qada' dan qadar?
siapa yang mencipta sakit dan ubatnya?
siapa yang mencipta manusia dengan pelbagai tabiatnya?
Ketentuan Allah melebihi ketentuan hambaNya
rancanglah apa yang kamu mahu
katakanlah apa yang kamu mahu
perbuatlah apa yang kamu mahu
Allah Maha Mengetahui isi hati
Allah Maha Mengetahui akhiran setiap diri
aku percaya
takdir dimana aku diletakkan
walau tanpa ku rancang
Ya Allah, Kau telah aturkan segalanya
jika Kau ingin jalan (hidup) ku ini sakit dan pedih, aku redha
kerana ku yakin dan ku cinta akan jalanMu
atas nikmat Tarbiyyah yang Kau berikan
atas nikmat Tarbiyyah yang Kau berikan
mengerti, memahami takdirMu lebih besar dari apa yang dirancang manusia
Ya Allah
nanti Kau juga yang menunjukkan jalan siapa yang benar
siapa yang berlaku zalim, aniaya, Kau takkan lepaskan
yang lalai, Kau pula akan ingatkan
yang beramal, Kau akan kotakan janjiMu, Ya Allah
walau kami tak mengerti
sampai tiba masanya, Kau jugalah yang mengajarkan apa yang tidak kami ketahui (Al-Alaq:5)
KetentuanMu Ya Allah, adalah sentiasa benar
- - -
No comments:
Post a Comment