e-mail asalnya..
biar dpt share ke hujung dunia..
agar ada yang dapat manfaatnya =)
Satu hari Rasulullah SAW terjumpa Harith Ibn Malik. Rasulullah SAW pun bertanya pada Harith,
“Kaifa asbahna ya Harith?”
(Bagaimana pagimu wahai Harith)
(Bagaimana pagimu wahai Harith)
Kita remaja kan? Cuba bayangkan kalau Rasulullah SAW tanya kita soalan itu. Agak-agaknya apa jawapan kita? Paling baik pun jawapan yang saya boleh beri, “Alhamdulillah, ya Rasulullah”. Tahu tak apa jawapan Harith? Para sahabat Rasulullah SAW akan beri jawapan yang fantastik untuk setiap soalan yang ditanya.
Harith jawab,
“Asbahna mukminan haqqan”
(Aku berpagi-pagian dalam keadaan aku adalah mukmin yang sebenar)
“Asbahna mukminan haqqan”
(Aku berpagi-pagian dalam keadaan aku adalah mukmin yang sebenar)
Rasulullah SAW taajub mendengar jawapan Harith. Rasulullah SAW pun tanya lagi,
“Li kulli syai’in haqiqah, fama haqiqatul iman?”
(Bagi setiap perkara ada hakikatnya, maka apa hakikat imanmu ya Harith?)
“Li kulli syai’in haqiqah, fama haqiqatul iman?”
(Bagi setiap perkara ada hakikatnya, maka apa hakikat imanmu ya Harith?)
Jawapan Harith super fantastik lagi.
Dia kata, “Aku mengasingkan diriku dari dunia. Aku berpuasa di pagi hari dan aku menghidupkan malam-malamku. Aku melihat Arsy Allah bercahaya. Aku melihat orang yang di dalam syurga saling berziarah dan aku melihat orang menjerit di neraka”.

Rasulullah SAW pun kata kat Harith,
“Kau adalah pemuda yang telah diterangkan oleh Allah hatimu. Kau benar maka beriltizamlah”.
“Kau adalah pemuda yang telah diterangkan oleh Allah hatimu. Kau benar maka beriltizamlah”.
Best kan cerita ani? Harith melihat dengan pandangan yang sangat jauh. Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat.
Hmm, jauh kan pagi kita dengan pagi Harith? Setiap pagi bila sebut kata-kata Harith itu, terasa macam ada aura sahaja.
Asbahna mukminan haqqan!
- - -
- - -
No comments:
Post a Comment