August 29, 2009

: Lautan ilmu :

Di pesisir pantai, kayuhan basikal kedengaran


ternampak kelibat anak kecil bersusah payah menunggang basikal yg jauh lebih besar darinya
setiap kali ia cuba mengayuh, tersungkur
berulang-ulang setiap hari, setiap pagi

Tiba satu hari, ia berjaya menaikinya dan dengan perasaan girang, ia mengayuh laju. semakin kuat kayuhan, semakin jauh ia berjalan. Kaki berdiri menginjak kayuhan, mata tertutup dan tangan mendepang angin mengistiharkan kemenangan.

Tiba-tiba basikal terlajak batu dan tersungkurlah si anak kecil.
kedua belah kaki terluka besar sehingga ia terpaksa menimpang dalam perjalanan balik ke rumah.
org tua kampung ternampak si anak kecil
"Ha! Tulah naik basikal lagi. Habis terluka. Dah tahu basikal tu lebih besar dari kau..berhentilah, tunggu bila kau besar sikit,baru kau 'pandai'!"

Terdiam si anak kecil
kepala tertunduk sepanjang perjalanan
sampai di perkarangan rumah, hati disentap dengan perasaan takut
takut dileteri, dimarahi
belum sempat menyembunyikan luka, datang lah si bapa
dengan satu pandangan, melihat luka lutut dan basikal anaknya, si bapa faham akan apa yg terjadi
tidak mengatakan apa-apa, si bapa membawa masuk hasil tangkapan ikan ke dalam rumah
"nak, masuk lah"

keesokkan pagi, si anak kecil berdiri di pantai yg sama
basikal setia berada disampingnya
namun, luka di lutut masih terasa
terngiang2 kata-kata org tua kampung
terbayang air muka bapanya dan kata-kata yg tak terucap

si anak kecil duduk diam buat sekian lama

kemudian...
ia berdiri dan mencuba lagi

Adakah kerana satu musibah, kamu berhenti?
Adakah kerana kamu gagal, kamu akan berhenti belajar?

teringat sebuah kata..

"Would you stop learning just because you would think it'd make you realize how stupid you are? That is Blind Ignorance.
The more you learn, the more you realize there is more to learn. if you accept it and move forward, that is Wisdom.
If you stopped because you think that your present knowledge is enough..now 'that's' Stupidity."

Old doesn't mean Wise, Young doesn't mean Naive.

Lautan ilmu...carilah hingga keakhir hayat.
kerana ilmu itu Cahaya
Yang menyuluh lautan dalam.
.
.

- - -

No comments:

Post a Comment