Surah Al-Insyiqaq
16: Maka Aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja17: demi malam dan apa yang diselubunginya18: demi bulan apabila jadi purnama19: Sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)keheningan malam pecah dengan bunyi kocakan air
kolam-kolam kaca airmata dan jiwa
...
seakan baru kelmarin
tiga hari berturut2 diri ini menyaksikan merah maghrib dalam perjalanan pulang
cahaya yang kian tenggelam
menyusuri masuk ke dalam perkarangan masjid
bagi menjawab seruanNya
seusai "Amin" diucapkan
kaki melangkah menuju ke kereta
ku..
mendongak ke langit
menyaksikan bulan penuh
wahai diri..
hari jadiku dalam beberapa hari lagi
Ya Allah
Kau susun kata-kata Al-Qur'an
melalui gambaran alam Mu
seakan menegurku
daripada peringkat senja hingga ke malam dini hari
begitulah juga hikayat manusia
dari segumpal darah
dari seorang bayi
(seperti yang kami lawat kelmarin)
sehingga sudah besar dewasa
Apakah cara dan jalan hidup yg kamu pilih?
Yang kamu hidupi kini?
Aku malu
Aku malu padaMu, Ya Allah
sedangkan tak sesaat terlepas pandanganMu dari apa yg ku lakukan
dari apa yg ku fikir dan rasakan
siapa diri ku dalam surah ini..
ketuk hati
dengarlah pintu mana yg berbunyi
adakah kitab amal ku dari kanan atau dari kiri
Happy Advance B'day, Hani
Happy Advance B'day~
Baru ku sedar, Ya Allah
Setiap tahun ku sambuti hari sejarah ini dengan cara2 yg berbeza
dengan orang2 yg berbeza semakin tingkat usiaku
tapi aku tak sedar
bahawa saban hari
pada tiap detik, pada tiap saat umurku
Kau menyaksikannya
Kau berada disisiku
Ya Allah,
baru ku sedar
bahwa walau tahun berganti tahun
aku berubah dari seorang anak
ke adik
ke kakak
seorang kawan
seorang guru
seorang isteri
seorang ibu
seorang nenek
aku adalah 'tetap' hambaMu jua
- - -